Hazard akui sedang sukar bersama Chelsea
Gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang 10 perlawanan pertama musim ini membelenggu bintang Chelsea, Eden Hazard dan beliau mengakui dirinya sedang melalui detik sukar.
Bagaimanapun, Hazard berjaya mencipta gol melalui sepakan penalti ketika mewakili pasukan kebangsaan Belgium ketika menentang Androrra dan mereka menang 4-1, Ahad lalu.
Setakat ini, Hazard gagal memberi kegembiraan buat The Blues.
Keadaan itu dilihat jauh berbeza dengan prestasinya musim lalu sekali gus meraih gelaran pemain terbaik EPL.
Sukar menjelaskan apa yang sedang dialami, pemain tengah berusia 24 tahun bagaimanapun tetap optimis memperbaiki permainannya.
"Saya tidak dapat jelaskan. Yang pasti saya perlu lebih bekerja keras untuk bangun semula.
"Di Chelsea keutamaan kami adalah sebagai satu pasukan dan secara individu. Kami sangka kemenangan kepada Arsenal baru-baru ini akan membawa kami ke atas tetapi sebaliknya terjadi," katanya.

