Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Mourinho didenda, digantung
Diterbitkan:  Oct 15, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Malang datang lagi ke Stamford Bridge.

Kali ini Pengurus Chelsea Jose Mourinho dihukum gantung satu perlawanan dan didenda £50,000 (RM320,648) oleh FA England selepas dia mengaku salah melanggar peraturan dengan memberi komen mengenai perlawanan diharunginya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu selepas Chelsea bertemu - dan kalah - kepada Southampton di Stamford Bridge pada 3 Oktober lalu.

Melalui temubual dengan media Mourinho didakwa menuduh pegawai perlawanan bersikap berat sebelah dan menyebabkan orang ramai mempertikaikan perlawanan berkenaan.

Selepas kalah itu Mourinho berkata: "Ketika kami berada di atas (kedudukan EPL) saya faham ramai yang mahu menekan kami, tetapi ketika berada di bawah, saya fikir anda perlu lebih jujur dan menjelaskan, pengadil bimbang menyebelahi Chelsea.

"Kedudukan terikat 1 - 1 dan pemain lawan melakukan kesalahan dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak meniupkan wisel. Penalti adalah detik penting ketika perlawanan terikat 1 - 1.

"Saya ulangi, jika FA England mahu menghukum saya, silakan. Mereka tidak menghukum pengurus lain dan hanya saya - biarlah. Tak ada masalah.

"Namun saya ulanginya lagi sebab saya rasa pemain Chelsea berhak mendapat keadilan, begitu juga peminat. Saya salah seorang peminat Chelsea. Saya katakan sekali lagi: Pengadil takut menyebelahi Chelsea."

Lihat Komen
ADS