JDT meneruskan rekod tanpa dalam saingan Piala Malaysia selepas menewaskan Sarawak 3-0 di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Kemenangan keempat peringkat kumpulan B itu sekali gus menjadikan pasukan kedua yang menempah tiket ke aksi suku akhir dengan mengumpul 12 mata.

Anak buah Mario Gomez tampil dengan gol seawal minit ke-15 melalui sepakan penalti oleh penyerang mereka, Safee Sali.

Pada aksi separuh mata pertama menyaksikan keseimbangan kedua-dua pasukan, manakala cubaan tuan rumah untuk menyamai gol tidak berjaya apabila prestasi cemerlang ditunjukkan pertahanan JDT.

Keputusan 1-0 berakhir sehingga wisel penamat babak masa pertama.

Bagaimanapun, bersambung separuh masa kedua perlawanan tunggal malam ini menyaksikan Harimau Selatan lebih mendominasi perlawanan.

Walaupun tidak mudah buat pasukan pelawat, namun kerja keras mereka berhasil pada minit ke-78 apabila berjaya menambah jaringan melalui Haris Harun.

Kemaraan Sarawak untuk memburu gol di hujung masa perlawanan ternyata gagal, malah mereka dihukum dengan gol ketiga JDT pada minit ke-90 melalui Syafiq Rahim.

Kehebatan pasukan juara Liga Super 2014 dan 2015 itu tidak mampu disangkal dan JDT terus selesa di tangga teratas Kumpulan B, manakala Sarawak terpaksa akur di tempat kedua dengan mengutip enam mata.

Misi JDT seterusnya adalah membawa pulang Piala AFC 2015 selepas layak ke perlawanan akhir menentang FC Istiklol di Tajikistan, 31 Oktober nanti.