Biarpun berlainan negeri, anak Pahang yang kini menjadi perdana menteri tetap berkongsi kegembiraan apabila pasukan JDT muncul sebagai pasukan terulung di rantau Asia apabila muncul sebagai juara Piala AFC sebentar tadi.

Dalam tweet beliau, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Selatan yang menewaskan kelab dari Tajikistan, FC Istiklol dengan keputusan 1-0 di Dushanbe.

Biarpun bermain di gelanggang lawan, anak buah Mario Gomez ternyata dapat bertahan denan strategi yang digarap sekali gus membawa pulang piala kemenangan.

"Tahniah @OfficialJohor! Berjaya cipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia dan bawa pulang Piala AFC," kata Najib.

Kegembiraan juga tentu dirasai anak Johor yang kini menjadi bualan peminat politik, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad titip doa

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen Pagoh di Johor - dalam Facebook beliau - memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan bagaimana penyokong JDT meraikan detik kemenangan itu.

‎"Tahniah JDT! Sejarah baru bola sepak Malaysia!" kata Muhyiddin.

Beliau dilapor menyaksikan perlawanan itu melalui siaran televisyen di sebuat restoran di Kota Damansara bersama "bangsa Johor" yang menetap di sekitar Lembah Klang.

Tahniah TMJ kerana berjaya menjulang kembali martabat bolasepak Johor dan negara. JOHOR Southern Tigers

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, October 31, 2015

Sementara itu beberapa menteri juga menyertai Najib mengucapkan tahniah kepada JDT.

Antaranya ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berasal dari Perak belum membuat sebarang reaksi.

Ketua Penerangan Umno yang juga Ahli Parlimen Pontian pula mengirim doa kejayaan buat pasukan negerinya kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga memberikan komennya.

Kata Lim, kemenangan JDT adalah berita hebat kepada peminat bola sepak negara ini dan berharap perubahan berlaku selepas pasukan kebangsaan dibelasah 0 - 10.

"Sekurang-kurangnya sebuah negeri melakukannya dengan betul," katanya.

Tahniah!Gr8 local football news for a change after the gloom of Msia's 10-0 drubbing.At least one state got it right https://t.co/2IzbUvD17Z

— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) October 31, 2015