Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'All Blacks' pertahan kejuaraan Rugbi Piala Dunia
Diterbitkan:  Nov 1, 2015 3:54 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Pasukan rugbi New Zealand atau lebih dikenali sebagai 'All Blacks' sekali lagi muncul juara Rugbi Piala Dunia 2015 England selepas menumpaskan Australia semalam.

Dalam edisi kali ini, 'All Blacks' mengenepikan 'Wallabies' dengan keputusan 34-17 untuk mencipta sejarah selaku pasukan yang menjuarai tiga kali Piala Dunia.

Kejayaan yang dicipta di Twickenham, London itu sekali gus mempertahankan gelaran yang diraih New Zealand dalam kejohanan sama 2011, lalu.

Mencatatkan rekod bersih tanpa kekalahan sepanjang kejohanan berlangsung, All Black turun dengan waspada berdepan anak didik Michael Cheika yang turut mempamerkan aksi menyakinkan.

Seawal minit ketujuh, All Blacks mengutip mata pertama menerusi penalti Daniel Carter namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila Bernard Foley menyamakan kedudukan 3-3 enam minit kemudian.

All Blacks membuktikan keupayaan mereka selepas memperolehi mata melalui dua penalti Carter. Try daripada Nehe Milner disusuli conversion Carter meletakkan juara bertahan di depan dengan pungutan 16-3 mengakhiri babak pertama.

Seawal seminit separuh masa kedua, Ma'a Nonu menambah lima mata buat pasukannya melalui try yang diperolehi menjadikan kedudukan 21-3.

Selepas ketinggalan begitu jauh, Australia cuba bangkit merapatkan jurang mata. Hasilnya, dua try dan dua conversion diperolehi menjadikan kedudukan 21-17.

Bagaimanapun, kebangkitan Wallabies hanya seketika, sebaliknya All Blacks mengorak langkah menambah satu try , satu conversion dan satu penalti sebelum sekali gus mengesahkan kemenangan mereka.

Selain muncul juara bagi dua tahun berturut-turut New Zealand juga mencatat sejarah baru selepas muncul sebagai pasukan pertama mencipta gelaran ketiga Rugbi Piala Dunia.

Kali pertama mereka muncul juara pada edisi sulong Rugbi Piala Dunia 1987 dengan menewaskan Perancis 29-9.

Lihat Komen
ADS