Bahagian kelima catatan pengalaman Aliff Fikri di kota London. Kali ini pemuda ini tidak hanya menyaksikan The Kop beraksi ranggi di gelanggang sendiri.
Bertemu The Blues, Aliff berkelana seketika dari Merseyside ke Fulham di kota raya London untuk menziarahi Stamford Bridge.
Ikuti cerita beliau di bawah ini.
Selepas mendapat kepuasan melihat Chelsea tersungkur di gelanggang sendiri - dan dendam Liverpool dua tahun lalu terbalas - aku menikmati udara dingin kota London.
Happy Halloween Jose Mourinho!
Perlawanan Liverpool - Chelsea bermula pada jam 12.45 tengah hari di sini. Jarak antara tempat aku tinggal di Tabley Street dengan Stamford Bridge kira-kira tiga jam kalau menaiki kereta api dengan tambang £18.
Tapi aku pergi menaiki bas - sama seperti kebanyakan 'bangsa Scouse' lain - kerana kosnya lebih murah walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuh lebih lama.
Dengan tambang £9 kami boleh ke Stamford Bridge tetapi perjalanan ditempuh adalah selama lima jam.
Hooligan punya cerita
Di kawasan stadium keadaan memang bingit. Biasalah, dua penyokong bertembung memang begitulah.
Untuk memudahkan kawalan, polis mengarahkan penyokong tuan rumah masuk dulu sebelum kami pula mendapat giliran.
Apabila sampai di dalam stadium, lagi bingit! Penyokong Chelsea bersorak ke arah kami dan menggunakan perkataan mencarut.
Adakah kami diam? Tentulah tidak. Penyokong Liverpool membalas dengan menyanyi:
"Chelsea rent boy,
Chelsea rent boy,
Hello, hello."
#Sukan Gelagat penyokong Liverpool bersahut penyokong Chelsea - Kembara The Kop (5): Aduhai Rent Boy, aduhai: http://www.malaysiakini.com/sukan/318046 (Video ehsan Aliff Fikri)
Posted by Malaysiakini (BM Version) on Sunday, 1 November 2015
Kepada yang tak tahu kenapa penyokong Chelsea digelar " rent boy ", ini serba sedikit penerangannya: Istilah " rent boy " adalah slanga United Kingdom yang bermaksud pelacur lelaki.
Pada sekitar 1980-an, sepasukan polis London menyerbu rumah seorang hooligan Chelsea kerana dia disyaki melakukan jenayah.
Apabila polis tiba, penyokong Chelsea itu didapati sedang enak berasmara dengan pelacur lelaki.
Kerumun penyokong Chelsea
Ketika Liverpool di depan Chelsea dengan jaringan 2 - 1, penyokong The Blues nampaknya tetap setia menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Mourinho.
Walaupun tertinggal di atas padang, penyokong Chelsea keluarkan dan angkat sepanduk "
Support Mourinho
", "
In Mourinho we trust
", "
Mourinho forever
" dan macam-macam lagi.
Mereka juga menyanyi "Jose, Jose Mourinho". Penyokong liverpool pula menyambung lagu itu dengan " sacked in the morning " (sudah dipecat pada pagi hari).
Selepas perlawanan tamat, aku nampak semua penyokong The Kop puas hati dan sesetengah macam tak percaya.
Dan aku yakin sekarang ini penyokong Liverpool semakin sayang kepada Jurgen Klopp.
Untuk pengetahuan kau, sekarang di London baru masuk musim sejuk. tetapi setakat ini salji belum turun.
Apabila keluar stadium sebahagian penyokong Liverpool berkumpul untuk menyorak pemain Chelsea yang menaiki bas. Mereka menggelar Chelsea sebagai " Chelscum ". [Bersambung]
Kembara The Kop (1): Dari Pudu ke Anfield
Kembara The Kop (2): Tuah datang bertimpa
