‎Piala AFC yang baru dimenangi pasukan JDT Sabtu lalu bakal diarak menggunakan sebuah bas melalui 17 lokasi di Johor.

Perarakan pada malam ini, kata Johor Southern Tigers, dibuat untuk meraikan pemain dan memberi peluang kepada seluruh penyokong skuad Harimau Selatan melihat sendiri piala berkenaan.

Dala kenyataan melalui Facebook, penyokong JDT boleh berkumpul di laluan bas tersebut untuk meraikan detik bersejarah berkenaan.

Bas yang akan membawa piala dan barisan pemain JDT itu akan mula diarak dari Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus melalui Balai Bomba Larkin, Jabatan Pengangkutan Jalan lama, Jalan Tun Razak, City Square, Jalan Wong Ah Fook, Tropical Inn, Jalan Trus, Kotaraya sebelum tiba di Jalan Ibrahim.

‎Bas itu kemudian akan membuat pusingan U ke Jalan Tun Dr Ismail - Lot 1 - Hospital Sultanah Aminah dan sekali lagi membuat pusingan U di depan Gerbang Istana Bukit Serene sebelum terus ke Dataran Bandaraya (melalui laluan tepi laut, dan berakhir di Dataran Bandaraya Johor Bharu.

‎"Penyokong dijemput hadir beramai-ramai bermula jam 8 malam untuk bersama memeriahkan majlis sambutan itu," tambah kenyataan tersebut.

Terdahulu, JDT di bawah kendalian Mario Gomez dinobat sebagai juara Piala AFC 2015 selepas menang tipis 1-0 ke atas kelab dari Tajikistan, FC Istiklol.