Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta supaya Palestin memberi kemenangan kepada Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, 12 November nanti.

Permintaan itu dinyatakan Najib secara berseloroh kepada seorang wartawan Palestin.

"Dengan itu, ‎sila benarkan Malaysia untuk menang ke atas Palestin. Kami akan bertemu dengan mereka.

"Kami tewas 0 - 10 kepada UAE (Emiriah Arab Bersatu). Ia amat memalukan, kami harap tidak mencatat keputusan teruk nanti," katanya dengan nada bergurau.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Forum Ekonomi Dunia Islam (WEIF) di Kuala Lumpur, hari ini.

‎Skuad Harimau Malaya sebelum ini tewas kepada UAE dalam aksi di Stadium Mohammed Bin Z‎ayed, Abu Dhabi pada 4 September lalu.

Kekalahan itu memberi tamparan besar buat skuad kebangsaan termasuk peletakan jawatan jurulatih, Dollah Salleh.

‎Terdahulu pada aksi pusingan pertama peringkat Kumpulan A itu, Malaysia turut tewas 0 - 6 kepada Palestin di Stadium Bukit Jalil.

Saingan selepas ini, Malaysia akan bertandang ke Hebron, Palestin untuk aksi timbal balik.