Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Air New Zealand sambut All Blacks dengan haka
Diterbitkan:  Nov 4, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Syarikat penerbangan Air New Zealand mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kepulangan skuad ragbi mereka yang mendarat di Auckland awal pagi tadi.

Pasukan All Blacks baru saja dinobatkan sebagai juara dunia selepas mengalahkan pasukan Australia dalam perlawanan akhir di England dengan mata san 34 - 17 sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka pada 2011.

Sambutan mengenjut itu dijayakan sekumpulan 20 pekerja Air New Zealand yang mempersembahkan tarian haka.

Haka adalah sejenis tarian tradisional perang masyarakat Maori New Zealand dan begitu sinonim dengan All Blacks.

Memang menjadi tradisi pemain All Blacks akan mempersembahkan tarian itu di tengah padang sebelum perlawanan bermula.

Peminat juga berkumpul beramai-ramai di terminal lapangan terbang berkenaan untuk menyambut dan meraikan ketibaan pemain yang menaiki pesawat udara Boeing 777.

Juara dunia tiga kali itu dijadual akan menghabiskan masa selama dua jam di Victoria Park di Auckland sebelum ke Christchurch dan Wellington untuk penduduk di bandar raya sana pula.

Kali pertama mereka muncul juara pada edisi sulong Rugbi Piala Dunia 1987 dengan menewaskan Perancis 29 - 9.

Air New Zealand bukanlah asing dengan gimik yang menarik begitu.

Sebelum ini syarikat penerbangan sama menggunakan watak dalam filem The Hobbit untuk menyampaikan mesej mengenai aspek keselamatan dalam penerbangan.

Lihat Komen
ADS