Madrid, City terawal lepasi halangan pertama
Real Madrid dan Manchester City menjadi dua pasukan terawal melepasi saingan peringkat kumpulan selepas mereka meraih kemenangan pada perlawanan keempat Liga Juara-juara awal pagi tadi.
Madrid mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 1 - 0.
Dengan pungutan 10 mata dalam kumpulan A, Madrid meninggalkan jauh pasukan Shakhtar Donetsk dan Malmoe FF yang masing-masing hanya mengumpul tiga mata.
Satu lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah PSG yang kini memungut tujuh mata.
Man City pula menang bergaya 3 - 1 di gelanggang Sevilla dalam saingan kumpulan D.
Kemenangan itu sekali gus membolehan The Citizen merampas kedudukan teratas kumpulan yang sebelum ini menjadi milik Juventus.
Anak buah Manuel Pellegrini mengumpul sembilan mata berbanding Juventus dengan lapan mata.
Dua lagi penghuni kumpulan D - Sevilla dan Borussia Moenchengladbach - ketika ini masing-masing mengumpul tiga dan dua mata.
Sementara itu, persaingan sengit dilihat berlaku dalam kumpulan B dan C. Manchester United setakat ini megah berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata diikuti PSV Eindhoven dan Wolfsburg (enam mata) serta CSKA Moskva (empat mata).
Kumpulan C pula - kecuali Astana yang hanya memiliki dua mata - menyaksikan Benfica sebagai pendahulu dengan sembilan mata, Atletico Madrid (tujuh) dan Galatasaray (empat) masing mempunyai peluang ke peringkat kalah mati.
Keputusan perlawanan keempat 3 - 4 November
Kumpulan A:
Real Madrid 1 - 0 Paris Saint Germain
Shakhtar Donetsk 4 - 0 Malmoe FF
Kumpulan B:
Manchester United 1 - 0 CSKA Moscow
PSV Eindhoven 2 - 0 Wolfsburg
Kumpulan C
FC Astana 0 - 0 Atletico Madrid
Benfica 2 - 1 Galatasaray
Kumpulan D
Borussia Moenchengladbach 1 - 1 Juventus
Sevilla 1 - 3 Manchester City

