Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Karim ditahan polis isu video seks
Diterbitkan:  Nov 4, 2015 10:38 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Penyerang Perancis dan Real Madrid, Karim Benzema, ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes peras ugut membabitkan rakaman video seks, sebentar tadi.

Media melaporkan, penahanan itu penahanan itu dibuat selepas bekas rakan senegera dan penyerang Liverpool, Djibril Cisse disoal siasat sebelum dibebaskan bersabit dakwaan yang sama.

Lapor media, polis sedang menyiasat kes rakaman video seks yang memaparkan seorang lagi pemain Perancis, Mathieu Valbuena ( gambar ).

Benzema, 27, dipanggil ke balai polis di Versailles sejurus sebelum jam 9 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Selepas itu, pejabat pendakwa raya mengesahkan bahawa dia ditahan untuk disoal siasat.

Agensi berita AFP melaporkan, rakaman pita seks yang dimaksudkan melibatkan rakaman menggunakan telefon pintar.

Akhbar harian L'Equipe pula melaporkan polis sedang menentukan sama ada perbualan antara Benzema dan Valbuena semasa pertemuan pasukan kebangsaan Perancis pada awal Oktober lalu adalah percakapan biasa atau ada unsur jenayah.

Sementara itu, tiga suspek yang disyaki berkomplot bersama beberapa pemain bola sepak telah didakwa secara rasmi sejak sejak Oktober lalu.

Siasatan polis dalam kes tersebut dikatakan bermula pada akhir bulan Julai.

Cissé sebelum ini muncul televisyen membantah sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Beliau menegaskan tiada kena mengena dengan kes berkenaan sebelum mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

Sebelum Benzema ditangkap, peguamnya Sylvain Cormier memberitahu akhbar Le Journal du Dimanche bahawa anak guamnya akan bertindak balas terhadap sebarang tuduhan.

Di Perancis, maksimun hukuman bagi kesalahan peras ugut adalah penjara selama lima tahun.

Lihat Komen
ADS