MotoGP kini tiba dipenghujung musim. Pertembungan Valentino Rossi - Jorge Lorenzo esok sememangnya ditunggu-tunggu peminat sukan bermotor di seluruh dunia.

Keduanya-dua kini sedang bersiap sedia berjuang merebut gelaran juara dunia untuk musim ini.

Rossi - juara MotoGP tujuh kali - sememanganya tidak mahu mengulangi insiden 2006 apabila beliau yang memiliki kelebihan lapan mata ke atas pencabar terdekat, Nicky Hayden kempunan muncul juara dan hanya mampu menghabiskan perlumbaan di tempat ke-13.

Lorenzo yang kini dipisahkan tujuh mata di belakang Rossi pula ingin mengecapi kejuraan lagi selepas kali terakhir memenanginya pada 2012.

Rossi perlu berada sekurang-kurangnya di kedudukan kedua dalam perlumbaan esok bagi menghalang Lorenzo memenagi kejuara.

PM turut nyata sokongan

Bagaimanapun Rossi mungkin berdepan kesukaran apabila dia akan memulakan perlumbaan di posisi terakhir ekoran insiden kemalangan di Sepang sebelum ini.

Sementara itu dalam sidang media, Rossi memberitahu dia terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat badan pengendali MotoGP walaupun ia mungkin menyukarkan usahanya melakar kejayaan.

Lorenzo pula berkata beliau mahu terus dengan pasukan yang diwakilinya kini "untuk selama-lamanya".

"Sememangnya semua perkahwinan mempunyai beberapa detik-detik perselisihan tetapi hubungan kami pada masa akan datang akan menjadi yang sama," kata penunggang dari Sepanyol itu.

Marc Marquez yang sudah mengesahkan kedudukan ketiga kejohanan MotoGP berkata perlumbaan di Sepang adalah insiden hitam buat dirinya.

"Saya cuba untuk melupakan apa yang berlaku dan fokus untuk perlumbaan terakhir," katanya.

Media Itali melaporkan Perdana Menteri Matteo Renzi turut menyatakan sokongan kepada Rossi manakala rakan sejawatannya dari Sepanyol Mariano Rajoy menyokong Marquez melalui akuan twitter masing-masing.

Media Sepanyol pula membandingkan tindakan Rossi dengan insiden pemain pertahanan Itali, Mauro Tassotti yang menyiku pemain Sepanyol, Luis Enrique ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia 1994.