Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ronaldo setia hanya pada Madrid
Diterbitkan:  Nov 8, 2015 7:59 AM
Dikemaskini: Nov 8, 2015 12:28 AM

Ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes, menafikan gosip perpindahan pemain tersebut seperti dilaporkan media.

Kebelakangan ini, pemain Real Madrid berusia 30 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lamanya, Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG).

Menurut Mendes, bintang bola sepak Portugal itu akan bertahan di Stadium Santiago Bernabeu, malah bakal menghabiskan karier profesionalnya bersama Madrid.

"Ronaldo gembira di Real Madrid, walaupun setiap hari banyak berita spekulasi mengenainya," kata Mendes seperti dilaporkan Sky Sports, semalam.

"Jika anda bertanya saya, Ronaldo akan mengakhiri kerjayanya di Madris. Dia akan bertahan di sana selama bertahun-tahun kerana di pemain terbaik.

"Walaupun mungkin sehingga usia 35 atau 36 tahun, dia tetap menjadi yang terbaik," ujar Mendes.

Sementara itu, Mendes juga memberikan alasan utama Ronaldo memilih Man United selepas meninggalkan Sporting FC pada Ogos 2003.

Menurut ejen tersebut, kedatangan Ronaldo ke skuad The Red Devils adalah disebabkan pengurusnya ketika itu, Alex Ferguson.

Katanya, Ferguson memberi jaminan bahawa Ronaldo akan bermain sebagai pemain utama pasukannya.

"Pada masa itu, beberapa kelab besar berminat untuk membeli Ronaldo, tetapi mereka hanya ingin pinjam dari Sporting selama setahun. Tetapi, Ferguson satu-satunya pengurus yang serius dan berani membelinya.

"Saya bersama Ferguson ketika Ronaldo tampil bermain pada aksi perlawanan Sproting FC dan United.

"Ferguson katakan kepada saya, Jorge (Mendes), biarkan Ronaldo bersama saya. Jika dia setuju ke United, dia akan beraksi. Itulah janji utamanya," kata Mandes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS