Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Linda tak pernah lelah temani Rossi
Diterbitkan:  Nov 13, 2015 4:59 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Siapakah jelitawan bernama Linda Morselli ini?

Ketika Valentino Rossi gagal menjuarai Grand Prix MotoGP musim ini, Linda mungkin jawapan kepada pelumba motosikal itu ketika dia mencari penawar kepada kekecewaannya.

Linda adalah watak yang gigih membersi sokongan dan galakan kepada Rossi sejak mereka bertemu kali pertama pada 2008.

Linda lahir di Giussano, Itali, dan pada Ahad ini dia genap berusia 27 tahun.

Ketika The Doctor - nama gelaran untuk Rossi - bertemu Linda, dia bertugas sebagai gadis litar untuk pasukan Ducati.

Bagaimanapun ketika itu cinta belum berputik di hati Rossi. Tanpa sebab yang jelas, tidak diketahui mengapa pelumba kelahiran Itali itu tidak membuka hatinya untuk Linda tetapi hakikatnya Rossi ketika itu sudah ada pacar sendiri.

Kerjaya Linda sebagai model mula meningkat selepas menjadi finalis peraduan ratu cantik Miss Itali pada 2006. Tanpa memenangi mahkota kejuaraan dia tetap bangga kerana terpilih sebagai peserta paling elegan.

Tetap optimis

Pada masa sama Rossi meneruskan 'kembaranya' dengan beberapa jelitawan lain, seperti Martina Stella, Marwa Klebi, Ariana Matteuzzi dan Elisabetta Canalis.

Rossi kemudian berpacaran dengan Linda pada 2012.

Sejak itu kedua-dua mereka kelihatan bersama beberapa kali di litar perlumbaan.

Menurut sumber, Linda diakui wanta yang menawan dan pandai mengambil hati Rossi.

😅😎#Repost @valeyellow46 ・・・ Ecco cosa succede quando tocchi la mano a Brad Pitt - @lalindaa

A photo posted by Linda Morselli (@lalindaa) on

Wanita itu diketahui sangat menyokong kerjaya Rossi, dan ketika perlumbaan di Sepang menyebabkan jurang antara Rossi dan pencabar terdekatnya - Jorge Lorenzo - semakin mengecil, Linda tetap optimis.

"Semuanya berantakan. Tapi kami harus tahu bagaimana untuk bangkit dan terus mengejar impian. Kami mempercayainya," kata Linda melalui Twitter.

Selepas perlumbaan terakhir pada musim ini dilangsungkan di Valencia minggu lalu, Lorenzo sempat memintas kedudukan Rossi untuk muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengumpul 330 mata

Rossi terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan defisit lima mata.

Walaupun berada dalam pasukan sama, Lorenzo dan Rossi memang diketahui umum saling berseteru sepanjang musim dan permusuhan itu khabarnya berlanjutan hingga ke luar litar.

Lihat Komen
ADS