Kini bekas pemain Chelsea tampil dengan pandangannya bagi menjelaskan mengapa prestasi kelab itu amat buruk di EPL setakat ini.

Bagi Filipe Luis, kenyataan angkuh pengurus Chelsea, Jose Mourinho, kadang-kadang memberi kesan kepada sesetengah pemain.

Luis yang pernah menjadi pemain pertahanan bersama The Blues berkata memang Mourinho ada cara tersendiri menguruskan media, terutama ketika Chelsea kalah.

"Kadang-kadang komen Mourinho menjejaskan pemainnya sendiri.

"Memang ada pemain yang mendapat manfaat daripada komen dia, namun pada masa sama ada yang merana," katanya.

Luiz, 30, adalah pemain antarabangsa Brazil yang kini bermain bersama Atletico Madrid selepas meninggalkan Stamford Bridge sejak musim panas lalu.

Bagaimanapun dia gagal mendapat tempat kesebelasan utama pemain Diego Simeone.

Chelsea berada di kedudukan terburuk dalam tempoh 37 tahun sejarahnya berdasarkan pencapaian sejak awal musim kali ini.

Mourinho pula dikecam secara terbuka oleh beberapa anggota pasukannya, termasuk Eden Hazard dan Nemanja Matic.

Kata Luiz, ada ketikanya kenyataan yang keluar dari mulut Mourinho betul tetapi pada masa lain sebaliknya yang berlaku.

"Orang mungkin menganggap apa yang disebut Mourinho sebagai sesuatu yang absurd dan bersetuju dengan dia," katanya.