Lin Dan akhirnya tumbang di negara sendiri di tangan Datuk Lee Chong Wei.

Dalam pertemuan kali ke-35 sebentar tadi bekas atlet badminton nombor satu dunia itu mengalahkan jaguh China, 17 - 21, 21 - 19 dan 21 - 10.

Perlawanan sengit peringkat separuh akhir Terbuka China itu berlangsung selama 92 minit di Pusat Sukan Haixia di Fuzhou.

Bagaimanapun, ketiadaan Lin Dan di laluan Chong Wei tidak bermakna atlet dari Pulau Pinang itu bakal mendapat jalan mudah dalam perlawanan akhir nanti.

Menunggu Chong Wei di saingan terakhir ialah atlet badminton nombor satu ketika ini, Chen Long - juga dari China.

Chen Long adalah pememang kejohanan itu sebanyak tiga kali, iaitu pada 2010, 2012 dan 2013.

Rekod kejayaan Chong Wei sejak dia dibebaskan daripada penggantungan adalah menjadi juara dalam Terbuka AS, Terbuka Kanada (pada Jun) dan Terbuka Perancis (Oktober).

Sepanjang tempoh bertembung di gelanggang, kemenangan Chong Wei ke atas Lin Dan hari ini adalah yang ke-10, namun kali pertama ia dapat dilakukan di China.

Yeah baby, Lee Chong Wei beats Lin Dan 17-21, 21-19, 21-19 in China Open semi-finals!#Badminton #China #ChinaSSP #BadmintonNews #BadmintonVideos

Posted by BadmintonPlanet.com on Saturday, November 14, 2015