Inilah tahap Harimau Malaya, terimalah
Putrajaya hilang harapan bahawa skuad bola sepak negara, Harimau Malaya yang berdepan kekalahan teruk di peringkat anntarabangsa, akan bangkit semula menjadi kebanggaan rakyat.
"Kita akui, ini adalah tahap pasukan yang terdiri daripada pemain senior dan dewasa," Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Khairy berkata demikian selepas beberapa anggota Parlimen khususnya Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) menggesa kerajaan memberi perhatian serius memperbaiki persembahan yang memalukan pasukan bola sepak negara.
"Sekalipun jika terdapat kemungkinan untuk penambahbaikan, ia memang terlalu tipis. Jika mereka tewas 0-6 (kepada Palestin) sebelum ini, mungkin mereka akan dapat 0-3. Saya tidak memperkecilkan kemampuan mereka, tetapi itulah tahap bola sepak mereka pada hari ini," katanya.
Bercakap ketika menggulung perbahasan 2016 Bajet di peringkat dasar, Khairy berkata perkara itu berlaku disebabkan antara lain cara latihan dan taktik yang mereka digunakan.
"Kita tidak boleh mengajar taktik baru kepada pemain berusia 28 tahun," katanya yang juga ketua pemuda Umno.
Sehubungan itu, Khairy berkata kementeriannya sedang mengenalpasti generasi pelapis bagi mengembali kegemilangan bola sepak negara yang pernah dikecapi sebelum ini.
Menurut MP Rembau itu lagi, proses tersebut mengambil masa dan negara perlu membina asasnya bermuala daripada bawah.
Khairy berkata lagi kerjaaan menetapkan sasaran untuk memasuk kejuaraan Fifa bawah 17 tahun pada 2019.
"Itulah caranya bagaimana mereka dilatih sewaktu mereka masih muda... Itulah yang mereka tahu," katanya.
Palestin menewaskan Harimau Malaya 6-0 dalam kelayakan Piala Dunia Jumaat lalu, mengulangi kekalahan 6-0 Palestine terhadap Malaysia pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil.
Kekalahan itu mengimbau memori kekalahan 10-0 oleh United Arab Emirates (UAE) pada September yang mendorong jurulatih negara dan bekas pemain negara Datuk Dollah Salleh.
Harimau Melayu dijadual bertemu UAE pada 17 November dan akan bekerja keras utnuk menghalang mengulangi kekalahan tersebut.

