Dalam satu temu bual dengan The Sun, salah seorang Diva WWE, Charlotte amat teruja apabila namanya dikaitkan dengan perlawanan menentang Ronda Rousey dalam WrestleMania 32.

"Secara jujur, ianya pasti satu perlawanan yang luar biasa - perlawanan WrestleMania menentang Rousey.

"Sekiranya Ronda inginkan perlawanan di WWE, saya sedia mengisi tempat Stephanie McMahon," kata Charlotte.

Charlotte turut memberi amaran kepada bekas juara UFC itu bahawa tiada jalan pintas untuknya untuk menjadi pemegang kejuaraan di WWE.

"Saya suka dengan kehangatan yang dibawa Ronda ke bilik persalinan kami. Ia satu pengikfiratan kepada kami sebagai atlet dan bukan hanya Diva.

"Kami mempunyai banyak wanita berbakat menunggu perlawanan seperti ini. Oleh itu beliau kena ambil giliran dulu," katanya.

Ronda baru-baru mengejutkan peminat UFC apabila kalah di tangan Holm ketika cuba merebut kejuaraan kelas bantam dunia.

Menggunakan media Instagram, dia membayangkan bahawa akan kembali ke gelanggang WWE.

Sejak kemunculan mengejutkan Ronda bersama The Rock di Ekstravaganza tahun ini, spekulasi awal mencadangkan perlawanan semula yang besar - Ronda Rousey dan Stephanie McMahon - mungkin berlangsung Julai tahun depan.

Bagaimanapun perlawanan yang sememangnya ditunggu-tunggu peminat WWE itu mungkin akan dipercepatkan untuk pameran terbesar WWE di Texas April nanti.

Charlotte atau nama sebenarnya Ashley Elizabeth Fliehr-Latimer adalah ahli gusti profesional generasi kedua AS.

Dia adalah kepada legenda WWE, Ric Flair, dan pernah menjadi juara NXT wanita dan bertahan sebagai Diva WWE.