Bintang WWE, John Cena akan mengetuai siri realiti terbaru rangkaian Fox, "American Grit," yang menampilkan mentor dari kalangan pegawai tentera Amerika Syarikat.

Fox juga memaklumkan Cena akan mengambil cuti selama dua bulan daripada terbabit dalam aktiviti WWE.

WWE dan Cena merupakan penyokong setia angkatan tentera AS dan dalam misi WWE, mereka menawarkan hiburan percuma untuk pasukan keselamatan negara itu, malah bahkan turut menyalurkan bantuan tenaga kerja kepada para veteran.

Buat Cena, beliau adalah ikon WWE yang memenangi lima daripada 30 acara Wrestlemania.

Dia juga merupakan kali juara lima kali WWE Amerika Syarikat, manakala jualan barangan menggunakan imejnya menjana pendatangan bernilai kira-kira AS$35 juta.

Peserta American Grit dibahagikan kepada empat pasukan terdiri daripada 16 lelaki dan wanita yang perlu bekerjasama untuk menempuhi pelbagai cabaran tentera serta ikhtiar hidup.

Wang bernilai AS$1 juta menjadi pertahuran di kalangan peserta.

Antara mentor untuk prpgram realiti itu ialah bekas tentera AS dikenali sebagai Rorke Denver, Nuh Galloway dan Tawanda Hanible serta bekas penembak tepat, Nick Irving.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Fox dan John Cena dalam rancangan yang menonjolkan semangat juang Amerika, selari dengan aspirasi Cena," kata penerbit eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Leftfield Entertainmen, Brent Montgomery.

Siri ini akan mula ditayangkan tahun depan.