Tewas aksi El-Clasico, Benitez akui Madrid teruk
Pengurus Real Madrid Rafael Benitez mengakui pasukannya tampil dengan persembahan buruk sekaligus tewas 0-4 kepada Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Pada aksi El-Clasico itu, pasukan pelawat berjaya mengejutkan penyokong tuan rumah melalui gol yang dihasilkan Luis Suarez (11' dan 74'), Neymar (39') dan Andres Iniesta (53').
"Sakit rasanya kekalahan seperti ini, melawan pasukan seperti Barcelona. Sekarang yang perlu kami lakukan adalah bersatu, kerja keras dan memikirkan perlawanan seterusnya untuk menjaga keududkan di La Liga," kata Benitez seperti dilaporkan web rasmi Madrid.
"Kami melakukan kesalahan yang perlu dibayar dengan mahal. Kami tewas dalam penguasaan bola dan perkara itu berlaku ketika bertemu pasukan hebat, anda akan menderita.
"Kami harus bangkit dan menghiburkan penyokong dengan meraih kejayaan pada perlawnaan seterusnya," katanya.
Skuad Los Blancos dilihat begitu sukar melayan permainan agresif Barcelona, malah anak buah Luis Enrique menguasai 55 peratus penguasaan bola berbanding pasukan tuan rumah.
Selain itu, tujuh percubaan tepat dilepaskan pemaian Madrid juga berjaya ditangani penjaga gol lawan, Claudio Bravo yang membuktikan kebolehan dirinya berbanding Keylor Navas yang mengawal gawang Madrid.
"Kami bangkit dan mencipta beberapa peluang di separuh masa kedua. Namun, kami gagal menjaringkan gol dan perlawanan semakin sukar selepas pasukan lawan mencipta gol ketiga.
"Kami tidak bermain dengan bagus. Tetapi, perjalanan La Liga masih panjang, kami perlu bermain dnegan baik seperti prestasi sebelum kami mencatakan kekalahan sebelum ini," kata bekas jurulatih Napoli itu.
Pesta gol di Santiago Bernabeu itu sekali gus memperkenamaskan kedudukan Barcelona di tangga teratas liga dengan 30 mata berbanding Madrid yang mengumpul 24 mata di tempat kedua.

