Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
The Special One mangsa konspirasi pemain?
Diterbitkan:  Dec 18, 2015 12:24 AM
Dikemaskini: 4:54 PM

Jose Mourinho mengadakan pertemuan dengan pegawai Chelsea kira-kira jam 10.30 malam tadi dan dimaklumkan khidmatnya menemui penghujung di Stamford Bridge.

Tidak seperti laporan media, penamatan kontrak itu tidak membolehkan dia mendapat pampasan £40 juta seperti diramailakn.

Sebaliknya pengarang meja sukan akhbar Daily Telegraph, Dan Roan memberitahu Mourinho hanya akan dibayar gaji seperti sepatutnya diterima sehingga hujung musim 2015/16.

Difahamkan kata Roan, kadar yang belum diterima Mourinho hanyalah £12 juta.

Jose Mourinho 3 year plan: 1. Buy the bus 2. Park the bus 3. Crash the bus

— Paddy Power (@paddypower) December 17, 2015

Tanpa Chelsea adakah Mourinho akan 'merana' lama? Berdasarkan rekodnya Mourinho hanya akan hidup tanpa kerja jika dia memilih untuk begitu.

Sebaliknya jika The Special One mahu, ada banyak kelab di Eropah yang sedia menawarkan kontrak kepadanya.

Mourinho membawa Inter Milan dan Porto menjuarai piala berprestij Liga Juara-juara masing-masing pada 2010 dan 2004 sebelum mengemudi Real Madrid menjulang kejuaraan La Liga pada 2012.

Masa untuk jadi bahan

Pada usia 52 tahun perjalanan Mourinho sebagai pengurus bola sepak masih jauh dan dia pernah membayangkan minatnya menjadi pengendali pasukan kebangsaan England atau Portugal sebelum ini.

Malah dia mendakwa ditawarkan jawatan itu apabila Steve McClaren dipecat pada 2007.

Dengan rekodnya yang baik mengapakah Chelsea terperosok ke dasar EPL?

Ada pihak mencadangkan keadaan akan berubah jika Mourinho diberi lebih banyak masa, namun pada ketika sama ada kemungkinan dia sebenarnya dikhianati pemain sendiri.

Memiliki pemain berkualiti seperti Eden Hazard, Diego Costa, Willian Oscar sepatutnya membawa Chelsea ke puncak EPL namun persembahan mereka diakui berada di bawah paras sepatutnya.

Selepas tumpas 1 - 2 kepada Leicester City minggu lalu Mourinho sekali lagi mendedahkan perancangannya "dikhianati".

Sementara itu seperti biasa media sosial menjadi tempat paling popular sesuatu isu diulas peminat termasuk secara sinis dan lucu.

BREAKING: Eva Carneiro back to Chelsea as first team doctor after Jose Mourinho get SACKED!! https://t.co/0O2pzF6kDt pic.twitter.com/8mzWSbvh6G

— Footy Jokes (@Footy_Jokes) December 17, 2015

pic.twitter.com/8gH2kSivRO

— Stan Collymore (@StanCollymore) December 17, 2015

Mourinho sacked after losing to Ranieri. Funny old game. pic.twitter.com/REKkY6iGN9

— Michael Gooner (@MickTheGooner) December 17, 2015

Lihat Komen
ADS