'Amanat' Abramovich
Di tengah kejutan pemecatan Jose Mourinho - dan tanda tanya kedatangan Guus Hiddink - pemilik Chelsea dilihat muncul di Pusat Latihan Cobham siang tadi (waktu tempatan).
Dalam ucapan yang agak pendek Roman Abramovich memberitahu pemainnya:
- Chelsea akan memberikan permulaan baru untuk pemain
- Rancangan masa depan tanpa Mourinho
- Alasan memecat Mourinho
- Hiddink akan menjadi pengurus sementara Chelsea
Menggunakan penterjemah, Abramovich berkata penyingkiran Mourinho akan membawa kepada permulaan baru untuk semua di kelab berkenaan.
Dia juga mendakwa tidak mudah untuk mengetepikan The Special One yang dianggap Chelsea sebagai pengurus terbaik mereka setakat ini.
Namun, dengan situasi Chelsea yang hanya diapungkan oleh satu mata daripada zon penyingkiran EPL, Abramovich memberitahu dia tidak mempunyai pilihan lain.
Chelsea berada di kedudukan ke-16 liga dengan 15 mata hasil empat kemenangan dan tiga seri. Selebihnya kelab itu mencatatkan sembilan kekalahan.
Bekas juara liga itu hanya berada di atas Swansea City di tempat ke-17, Norwich City (18), Sunderland (19) dan Aston Villa (20).
Chelsea akan menentang Sunderland dalam perlawanan hari ini.

