Penutup EPL 2015: Arsenal hidu gelaran juara
Menutup tirai tahun 2015 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) - Arsenal akhirnya merampas kedudukan tangga teratas liga daripada Leicester City.
Arsenal bangkit dari kekalahan dengan menundukkan AFC Bournemouth 2-0, selepas diaibkan Southampton 4-0 minggu lalu.
Namun, skuad bimbingan Arsene Wenger tidak boleh selesa dengan kedudukan itu susulan mereka masih berkongsi mata sama dengan Leicester.
Wenger turut mengakui optimis untuk meraih kejuaraan EPL musim ini, namun sentiasa mengingati pemain bahawa musim ini masih panjang.
"Saya optimis dengan peluang merebut gelaran juara. Pertandingan masih panjang dan semua pasukan mempunyai peluang. kami baru mangharungi separuh musim.
"Kami perlu lebih baik bermula sekarang dan mengatasi segala tekanan. Selepas 19 perlawanan, kami mendahului kedudukan.
"Kami berusaha keras untuk sampai di atas dan kami mempunyai peluang," katanya.
Setakat ini, The Gunners meriah 12 kemenangan di samping tiga perlawanan seri dan empat kekalahan dengan mengumpul 39 mata serta tiga kelebih gol berbanding Leicester.
Sementara itu pada aksi terakhir EPl 2015, nasib menyebelahi Liverpool selepas menang tipis 1-0 ke atas Sunderland, awal pagi tadi.
Pada perlawanan ke-19 itu, The Kop memperolehi gol tunggal melalui penyerangnya, Christian Benteke seawal minit pertama separuh masa kedua.
Menerima umpanan daripada Adam Lallana, Benteke melepaskan tendangan mendatar hingga berjaya mengelirukan penjaga gol tuan rumah, Vito Mannone.
Kemenangan itu sekaligus meletakkan anak buah Jurgen Klopp mendaki tangga ketujuh kedudukan liga.
Keputusan penuh perlawanan ke-19 EPL:
Sunderland 0 - 1 Liverpool

