Kerajaan PAS Kelantan setuju stadium merah jambu
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS hari ini dilapor bersetuju dengan cadangan mewarnakan stadium bole sepak negeri dengan warna merah jambu.
Perkara itu dilaporkan oleh New Straits Times dalam Twitternya sebentar tadi.
Ia turut memuat naik sekeping gambar memaparkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob bersalaman dengan Presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa.
Turut kelihatan dalam gambar exco Sukan negeri Ab Fattah Mahmood.
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu itu harus dicat dengan warna merah jambu susulan syarat penajaan Vida Beauty Sdn Bhd terhadap pasukan The Red Warrior.
Kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Melalui penajaan dua tahun syarikat kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.
Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman kelmarin memuat naik gambaran idealnya terhadap stadium itu.
Ia antaranya memaparkan warna stadium berkenaan dicat dengan merah jambu berseling-seli dengan warna putih.
Gambar logo TRW juga dilukis besar di bumbung tempat duduk utama.

