Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, sudah membaca kekuatan Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan, awal pagi nanti di Stadium Anfield.

Pada aksi Liga Perdana English (EPL) ke-21 musim ini, Klopp menegaskan anak buahnya tidak boleh meniru gaya penguasaan bola seperti dipraktikkan The Gunners.

"Arsenal dan Arsene Wenger memiliki gaya tersendiri, iaitu penguasaan bola. Jika bermain dengan cara yang sama, kami tidak akan memperolehi peluang.

"Ini kerana, mereka akan menerapkan gaya permainan tersebut untuk tempo lama," kata Klopp seperti dilaporkan The Guardian .

Bagaimanapun, The Kop menyedari mereka perlu lebih berhati-hati berikutan Arsenal mempunyai peluang kemenangan walaupun tanpa menguasai bola berbanding lawan.

Itu terbukti antaranya ketika Arsenal mencatat kemenangan ke atas Manchester City pada 21 Desember lalu. Ketika itu, The Gunners hanya menguasai 41 peratus permainan.

"Masalahnya, Arsenal bukan sekadar hebat dalam penguasaan bola, tetapi juga serangan balas. Ini perlu diambil perhatian," kata Klopp.

Sementara itu, rekod lalu menunjukkan Wenger lebih mendahului pencapaian Klopp dalam pertemuan kedua-dua pengurus tersebut.

Berbanding Wenger, Klopp hanya memenangi satu daripada lima perlawanan terdahulu.