Arsenal kembali merampas takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun sekadar mencatat keputusan seri 0-0 bertemu Stoke City di Stadium Britannia, awal pagi tadi.

The Gunners hanya dibezakan dengan jumlah jaringan bersama Leicester City di puncak liga yang gagal mencatatkan kemenangan di gelanggang Stoke berterusan sejak 2010.

Sementara itu, Manchester United meraih tiga mata selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Liverpool di Anfield.

Jaringan tunggal yang disumbangkan Wayne Rooney pada minit ke-78.

Kemenangan itu dikatakan memberi kelegaan berganda buat pengurus Red Devils, Louis van Gaal yang dikatakan menghitung hari untuk dipecat selepas prestasi kurang menyerlah United musim ini.

Kemenangan itu juga menyaksikan United kini mengumpul 37 mata selepas 22 perlawanan dan menghuni kedudukan kelima dalam carta liga.