Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sahut cabaran PQPTRW Muah! Muah!
Diterbitkan:  Jan 27, 2016 3:25 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Bagi menghangatkan pembukan Liga Malaysia 2016, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal menganjurkan pertandingan perarakan kenderaan berhias tercantik bertemakan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan dipersetui.

Katanya, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa akan melancarkan pertandingan itu.

"Semua boleh sertai, tak kira kereta apa. (Sebagai) tanda sokongan, satu perarakan akan dilakukan dengan anjuran Kafa," katanya pada satu keterangan gambar di akaun Instagram beliau hari ini.

Tambah Hasmiza yang lebih popular dengan nama Datuk Vida, hadiah lumayan disediakan kepada pemenang pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, mengulas mesyuarat antara beliau dan Kafa hari ini, Hasmiza berkata, antara isu yang dibincangkan ialah mengenai aspek kecantikan Stadium Sultan Muhammad IV.

Antara yang diberi perhatian, katanya, adalah keselesaan penonton, kebersihan, balapan dan laluan khas untuk wanita dan pengunjung berkeluarga.

Terdahulu pengasas syarikat Vida beauty Sdn Bhd itu mengejutkan peminat bola sepak apabila tampil menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan syarat tersendiri.

Dua syarat utama iaitu stadium dicat dengan warna merah jambu dan nama pasukan di dahului dengan Pamoga Qu Puteh kini terlaksakan dengan kontrak bernilai RM16 juta ditandatangani, baru-baru ini.

Sementara itu, dalam satu posting gambar kenderaan bertema PQPTRW yang dimuat naik di Instagram, Hasmiza meminta peminat menyertai pertandingan itu.

"Sahut cabaran PQPTRW, motosikal pun boleh. Siapa nak sertai? Sila, sila. Muah! Muah!" tulisnya.

Lihat Komen
ADS