Pope Francis guna padang bola promosi keamanan
Pope Francis semalam menyatakan beliau sedang merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak untuk mempromosikan keamanan.
Membabitan ramai bintang bola sepak, seorang daripada pemain yang disebut akan menyertai perlawanan persahabatan itu ialah atlet Brazil, Ronaldinho.
Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Olimpik Rome pada 29 Mei ini - sehari selepas pertemuan akhir Piala Liga Juara-juara di Milan.
Sebelum ini perlawanan keamanan sebegitu pernah diadakan pada 2014.
Antara pemain yang menyertai perlawanan itu ialah Ronaldinho, Lionel Messi dan Diego Maradona serta ramai pemain baru serta veteran.
Hasil kutipan tiket perlawanan itu disalurkan kepada pertubuhan amal termasuk Scholas Occurentes yang mempunyai rangkaian 400,000 sekolah di seluruh dunia.
Ia ditubuh dan dikendalikan oleh Akademi Sains Vatican.
Pope Francis, 79, dilihat sebagai tokoh yang aktif mempromosi keamanan. Beliau lahir di Buenos Aires, Argentina.
Keputusan mengadakan perlawanan persahabatan demi keamanan kali kedua itu dibuat selepas kunjungan Maradona ke Vatican pada tahun lalu.

