Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Tak pernah berhajat tarik tajaan KFA'
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 5:19 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Rupa-rupanya bukan seperti disangka - khabar mendakwa ada syarikat pengangkutan membatalkan niat menjadi penaja pasukan Kedah akhirnya terjawab.

Menurut Pengarah Syarikat Cosmic Express, Datuk Abu Hassan Awang, rancangan menaja pasukan Helang Merah akan diteruskan seperti dirancang.

"Alhamdulillah kita dapat menyambung apa yang kita hajatkan. Harap-harap akan berjalan lancar," katanya dalam klip video dimuat naik di Facebook Media KFA hari ini.

Untuk pemin at-peminat Kedah, kata Abu Hassan, beliau menjelaskan tidak pernah berhasrat untuk menarik diri daripada membantu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengharungi cabaran liga bola sepak musim ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan beberapa syarikat dikatakan enggan meneruskan hasrat menaja pasukan Kedah susulan peletakan jawatan menteri besarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Antaranya syarikat kosmetik terkenal, D'Herbs Holding (M) Berhad mengundurkan diri daripada hasrat itu walaupun perbincangan awal Mukhriz yang juga Presiden KFA sebelum ini.

Sementara itu, Abu Hassan berkata, pihaknya akan terus menyokong pembangunan bola sepak negeri itu di samping memberi kemudahan pengangkutan kepada pemain.

"Saya ulang sekali lagi, kita tak pernah berhasrat tarik balik penajaan ini dan sentiasa menyokong terutamanya untuk mengejar impian 2016 dengan membawa pulang Piala Malaysia," katanya.

Tambah beliau, empat buah bas disediakan pihaknya dengan tema skuad Helang Merah yang akan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan KFA dan bas pesiaran.

Inside View: Bersama Dato' Abu Hassan Awang dan sekitar dalaman bas KFA Lang Merah.

Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on Thursday, 11 February 2016

Lihat Komen
ADS