Conte 'tak sabar' tunggu kontrak Chelsea
Antonio Conte berharap dia mendapat tawaran rasmi mengurus Chelsea sebelum pasukan kebangsaan Itali turun dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol 24 Mac ini.
Bekas pengurus Juventus yang kini mengendalikan skuad Itali itu membayangkan dia akan ditawarkan kontrak tetap selama tiga tahun tidak lama lagi.
Media melaporkan ejen Conte sudah berhubung dengan wakil The Blues dan rundingan sedang diteruskan untuk memuktamadkan sebarang butiran yang berkenaan.
Chelsea ketika ini dikendalikan pengurus sementara Guus Hiddink.
Kontrak Conte, 46, akan tamat selepas kejohanan Piala Eropah di Perancis antara 10 Jun hingga 10 Julai ini.
Menurut media Conte mahukan pengesahan tawaran daripada kelab milik Roman Abramovich itu sebelum skuad bimbingannya memulakan siri perlawanan persahabatan.
Itali dijadual bertemu Sepanyol sebelum turun sekali lagi lima hari kemudian menentang Jerman.
Persatuan Bola Sepak Itali memang mahu menyambung kontrak Conte sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia 2018 namun bekas pemain kebangsaan antara 1994 hingga 2000 lebih cenderung untuk mengendalikan Chelsea.
Pada masa sama ada tiga nama lain dipertimbangkan oleh Chelsea iaitu Diego Simeone (pengurus Atletico Madrid), Jorge Sampaoli (pengurus Chile) dan Massimiliano Allegri (AC Milan).
Match highlights: http://che.lc/lS8qW5
Posted by Chelsea Football Club on Monday, February 22, 2016

