Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Murtaza dapat 2 jersi bertanda tangan Messi
Diterbitkan:  Feb 26, 2016 12:19 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Seperti ayam, tuah manusia - seperti Lionel Messi - juga mungkin terlihat pada kaki, tetapi seorang kanak-kanak mangsa konflik Afghanistan, nasib baiknya mungkin ada pada 'jersi'.

Masih ingat Murtaza Arif yang menarik perhatian dunia kerana menyarung beg plastik yang dibayangkannya sebagai jersi Messi?

Kini Murtaza boleh tersenyum lebar apabila menerima dua jersi ditandatangani Messi yang dikaguminya.

Bapa Murtaza, Arif Ahmadi memberitahu CNN jersi 'mahal' itu diserahkan kepada anaknya oleh pekerja Unicef di Afghanistan.

Unicef adalah rakan kerjasama Barcelona - kelab yang kini diwakili Messi.

Kata Arif, menerima baju itu adalah salah satu detik paling menggembirakan Murtaza.

"Satu-satunya kekesalan Murtaza ialah, Messi tidak hadir untuk menyerahkan sendiri baju itu," katanya.

Awal bulan ini gambar Murtaza menyentuh hati ramai orang kerana bermain bola dengan menyarungkan beg plastik berbelang biru - seperti jersi rasmi pasukan Argentina.

Murtaza has the real thing now! #LeoMessi helped make his dream come true & gave him signed jerseys & a football. pic.twitter.com/ls6nUOdaBL

— UNICEF Afghanistan (@UNICEFAfg) February 25, 2016

Abang Murtaza kemudian menggunakan pen menulis nama Messi pada beg plastik berkenaan.

Kemiskinan keluarganya menghalang Murtaza memiliki jersi sebenar.

Gambar itu dimuat naik ke Internet oleh abangnya dan ia segera menarik perhatian ramai, termasuk Messi.

Selain Barcelona, Messi adalah pemain kebangsaan Argentina.

Sementara itu Unicef melaporkan Murtaza amat teruja menerima baju dengan tanda tangani Messi itu.

"Saya sayangkan Messi, dan baju ini membuktikan Messi juga menyayangi saya," katanya.

@UNICEFAfg @UNICEFargentina pic.twitter.com/whzlnqMycO

— 5thBallonDor (@HesFiveFoot10) February 25, 2016


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS