Lawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Sepanyol hari ini dijangka membuka pintu baru untuk pasukan miliknya, JDT, belajar 'ilmu baru' daripada skuad gergasi Barcelona.

Tunku Ismail dilaporkan bertemu dengan Presiden Barcelona FC, Josep Maria Bartomeu dalam lawatan Tengku Mahkota Johor itu ke bandar raya berkenaan hari ini.

Selepas mengadakan pertemuan Bartomeu menghadiahkan cenderahati berupa jersi pasukan Barcelona kepada Tunku Ismail.

Mereka kemudian meluangkan masa bersama-sama menonton perlawanan kelab juara Eropah itu menentang Sevila FC.

Barcelona kini berada di kemuncak La Liga dengan 66 mana meninggalkan pencabar terdekat Atletico Madrid dengan perbezaan lapan mata. Sevilla pula berada di tangga keenam.

Tunku Ismail dijadual melawat bandar sukan Barcelona FC selepas ini.

Bartomeu adalah ahli perniagaan Sepanyol yang menjadi Presiden Barcelona pada 2014.

Akaun Facebook Johor Souhtern Tigers melaporkan pertemuan dua tokoh bola sepak itu berlangsung lancar.

Bartomeu juga "membuka pintu kepada JDT" untuk kelab berkenaan mempelajari ilmu serta berkongsi idea dari segi pengurusan dan falsafah dengan Barcelona.

Di peringkat Liga Super pasukan JDT kini berada di tempat kedua dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan dengan Felda United masih unggul sebagai pendahulu hasil tiga kemenangan berturut-turut.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dalam perlawanan dijangka sengit malam esok.

PERTEMUAN ANTARA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN PRESIDEN BARCELONADYAM Tunku Mahkota Johor telah mengadakan pertemuan...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, February 28, 2016