Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Presiden Barcelona: Saya Nobita, Messi Doraemon
Diterbitkan:  Mar 3, 2016 2:10 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Presiden Barcelona FC Josep Maria Bartomeu mengakui dirinya adalah Nobita, manakala bintang sensasi kelab itu Lionel Messi sebagai Doraemon.

Dua watak kartun popular Jepun itu semenangnya terkenal di dunia sebagai pasangan sahabat yang saling tolong-menolong.

Dalam satu rancangan televisyen kanak-kanak, La Porteria, Bartomeu disoal mengenai nama jolokan yang diberikan kepada beliau itu.

"Ketika Barcelona beraksi di Piala Antara Kelab Dunia di Jepun, orang di sana bertanya mengapa saya dipanggil Nobita?

"Saya katakan kepada mereka, mungkin kerana saya ada mirip dengan watak itu, atau kerana di Barcelona kami memiliki Doraemon iaitu Lionel Messi.

"Doraemon kami boleh mengeluarkan apa saja dalam keadaan situasi sukar," katanya seperti dilaporkan Marca.

Justeru, kata Bartomeu dengan nada jenaka, mungkin itu sebab dia digelar Nobita dan sering meminta bantuan Messi untuk memperbaiki masalah di kelab itu.

Tokoh berusia 53 tahun itu berkata beliau menganggap pemain kebangsaan Argentina yang kini berusia 28 tahun itu selalu menjadi penyelesai masalah ketika Barcelona berada dalam keadaan sukar di atas padang.

"Dia boleh melakukan aksi luar biasa dan tidak diduga oleh peminat bola sepak," katanya.

Sementara itu, Doraemon merupakan robot kucing rekaan Fujiko F Fujio yang sering membantu Nobita dalam kehidupan hariannya.

Dan Messi sebelum ini juga dianggap sebagai manusia dari planet lain dengan bakat luar biasanya dalam bola sepak.

Divendres els @MamutsLesCorts entrevistaran al president del #Barça ! Posa @BTVcat a les 19:10h! #VersióBTVEscoles pic.twitter.com/PANk5d5yBV

— La Porteria (@Laporteriabtv) 2 March 2016


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS