Kipas merah jambu dari Sepanyol untuk Vida
Bakal menerima hadiah kipas tangan istimewa daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ) Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan Datuk Seri Hasmiza Othman menghargai pemberian tersebut.
"Terima kasih TMJ, cenderahati kipas merah jambu dari Sepanyol.
"Satu ingatan TMJ kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors," kata Hasmiza yang turut memuat naik video Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam dalam akaun Instagram beliau.
Terdahulu, Tunku Ismail dalam lawatan ke Sepanyol sempat merakam video yang menunjukkan beliau membeli beberapa barangan untuk dijadikan hadiah kepada pesaing JDT dalam Liga Malaysia.
"Saya tak tahu nak beli benda apa untuk pasukan Kelantan. Buat masa ini saya jumpa ini (kipas tangan) saja. Saya rasa anda pun tahu untuk siapa ini," katanya sambil membuat gaya Hasmiza dengan meletakkan dua jari di pipi.
Selain itu, pemilik pasukan JDT itu turut membeli tiga cenderamata lain berupa replika seekor seladang untuk pasukan Perak, gajah untuk Pahang dan seekor kucing buat pasukan Sarawak.
"Saya ada kucing untuk penyokong Sarawak. Saya tak jumpa buaya, jadi saya dapat jumpat kucing untuk melambangkan Kuching di Sarawak," jelas beliau.
Sempena lawatan rasmi ke kelab gergasi Barcelona itu, TMJ turut membeli dua keping poskad kepada peminat JDT dan FAM.
"Saya akan hantar cenderamata dan poskad ini sebaik pulang ke Malaysia" katanya.
Terdahulu video tersebut menjadi viral selepas dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers, bagaimanapun ia dipadamkan selepas itu.
Sementara itu, Hasmiza atau juga dikenali sebagai Vida turut menjelaskan beliau akan berkunjung ke Sepanyol untuk meninjau pekembangan bola sepak dua kelab gergasi dunia iaitu Barcelona dan Real Madrid.
"Insya-Allah saya akan ke Real Madrid, Barcelona dan Manchester United 14 Mac ini," katanya.
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

