Azizulhasni gagal lepasi kelayakan acara pecut
Diterbitkan: Mar 4, 2016 11:32 PM | Dikemas kini: Mar 4, 2016 11:34 PM
Pelumba trek sensasi negara Mohd Azizulhasni Awang gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya acara pecut lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Velodrom Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Jumaat.
Pelumba berusia 28 tahun dari Dungun, Terengganu itu sekadar menamatkan saingan di tempat ke-28 daripada 34 peserta.
Hanya 24 pelumba layak ke peringkat seterusnya.
Acara ini dianggap sebagai pemanas badan untuknya sebelum memulakan cabaran dalam acara kegemarannya, keirin yang dijadual pada 6 Mac ini.
Esok, Fatehah Mustafa akan turun beraksi dalam acara pecut wanita.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.