Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
McEnroe tak percaya alasan Maria
Diterbitkan:  Mar 15, 2016 5:34 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Alasan Sharapova sukar dipercayai, kata McEnroe

Bekas pemain tenis nombor satu dunia, John McEnroe melontarkan pendapat berhubung alasan Maria Sharapova yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru mengenai bahan terlarang.

Juara tujuh kali Grand Slam itu berkata, dia sukar mempercayai alasan Maria kononnya tidak menyedari e-mel maklumat mengenai bahan meldonium kerana pemain itu tidak bersendirian.

"Sukar untuk percaya tiada seorang pun pasukan Maria - antara 25 hingga 30 orang yang bekerja untuknya - memaklumkan perkara itu, atau Maria sendiri tidak tahu apa yang berlaku," tegas McEnroe dalam satu program televisyen seperti dilaporkan Reuters, semalam.

Marian, 28, kini menjalani penggantungan selama empat tahun oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan kehilangan banyak penajaan susulan penggantungan itu.

Selasa lalu, Maria mengejutkan peminat tenis dunia selepas mengakui gagal ujian doping semasa kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.

Dia disahkan positif bahan meldonium susulan pengambilan ubat berkenaan yang didakwa digunakannya sejak 10 tahun lepas atas faktor kesihatan.

Bahan yang dikenali sebagai meldonium itu baru sahaja ditambah dalam senarai bahan larangan Agensi Antidoping Dunia (Wada).

Malah Maria mengakui dia juga tidak menyemak senarai bahan larangan sebelum meneruskan pengambilannya.

Sementara itu McEnroe berkata, pada kejohanan Terbuka Australia 1990 beliau telah disisihkan dari satu perlawanan kerana tidak menyedari perubahan peraturan yang hanya membenarkan pemain diberi amaran tiga kali berbanding empat sebelum itu.

"Tiada siapa yang memberitahu saya, jadi ia adalah mungkin bahawa Maria tidak tahu bahawa, walaupun ia amat meragukan," katanya.

Secara berjenaka, McEnroe - yang terkenal dengan sikap panas baran di gelanggang - berkata dia sepatutnya perlu digantung dalam tempoh yang singkat kerana melakukan kesalahan itu tanpa disedari.

"Batalkan penggantungan kalau dia berjanji selepas ini dia tidak akan merungut. Jika anda tidak merungut tiada penggantungan, jika terus membantah, dua tahun," kata McEnroe sambil ketawa.

Lihat Komen
ADS