Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Keputusan undian suku akhir Liga Juara-juara, Piala Europa
Diterbitkan:  Mar 18, 2016 8:52 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Kelab tunggal mewakili EPL dalam Piala Juara-juara, Manchester City akan berdepan dengan jagun Ligue 1 Perancis, Paris St-Germain (PSG) dalam saingan peringkat suku akhir kejohanan itu bermula 5 April ini.

Di atas kertas PSG adalah lawan yang lebih baik dihadapi City berbanding kelab gergasi Jerman, Bayern Munich, atau juara bertahan Barcenola dari Sepanyol.

Barcelona pernah mengetepikan cabaran City dalam dua kejohanan Piala Juara-juara sebelum ini.

Untuk persaingan lain peringkat suku akhir, Barcelona akan bertemu kelab senegara Atletico Madrid, manakala Bayern ditentang Benfica dari Portugal.

Satu lagi kelab gergasi dunia, Real Madrid akan melayan cabaran daripada skuad Bundesliga, Wolfsburg.

Pusingan pertama suku akhir berlangsung pada 5 dan 6 April, diikuti perlawanan pusingan kedua pada 12 dan 13 April.

PSG yang sudah mengesahkan kejuaraan Ligue 1 walaupun persaingan musim ini hanya akan berakhir dua bulan lagi akan menerima kedatangan City di Paris pada 6 April ini.

Pusingan kedua City - PSV dijadual pada 12 April.

Kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu sekali sebelum ini dan perlawanan Piala Uefa 2008/09 itu berakhir dengan tanpa jaringan.

PSG kini dibimbing bekas pemain kebangsaan Perancis, Laurent Blanc.

Bagaimanapun kelab itu tidak menunjukkan rekod yang baik di peringkat Eropah kerana kecundang di peringkat suku akhir pada tiga musim sebelum ini.

Berikut ringkasan keputusan undian hari ini:

  • VfL Wolfsburg lwn Real Madrid
  • Bayern Munich lwn Benfina
  • Barcelona lwn Atletico Madrid
  • Manchester City lwn PSG

Sementara itu Jurgen Klopp akan berdepan dengan kelab yang pernah dibimbingnya suatu ketika dulu Borussia Dortmund dalam saingan suku akhir piala Liga Europa.

Liverpool terpaksa berjuang berhabis-habisan di gelanggang lawan terlebih dulu kerana perlawanan pusingan pertama diadakan di Jerman pada 7 April sebelum ke Anfield seminggu kemudian.

Dortmund yang menempah tempat ke pusingan suku akhir selepas mengalahkan Tottenham Hotspur dianggap calon terbaik untuk menjulang kejuaraan itu.

Undian lain mempertemukan Sevilla dengan Athletic Bilbao, Sparta Prague bertemu Villarreal manakala Braga menentang Shakhtar Donetsk.

Berikut keputusan ringkasan keputusan undian:

  • Braga lwn Shakhtar
  • Villareal lwn Sparta Prague
  • Liverpool lwn Borussia Dortmund
  • Sevilla dengan Athletic Bilbao


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS