Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Wanita Kelantan jaguh Sirkit Remaja Kebangsaan

Dua wakil Kelantan melakarkan kejutan apabila muncul juara dalam acara wanita bawah 12 dan 14 tahun pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100 Plus Zon A di Kota Bharu, semalam.

Pemain perseorangan, Chan Wen Tse, 11, muncul juara dalam acara bawah 12 tahun selepas menewaskan pemain Pulau Pinang, Tan Shen Thing dengan 21-12 dan 21-13.

Beregu Chuai Ai Fei dan Lim Phei-Phei mengalahkan beregu Pulau Pinang, Ho Lo We dan Lim Sze Jin 21-16 dan 21-17 dalam final acara bawah 14 tahun.

Ai Fei, ketika ditemui Bernama, berkata beliau bersama rakannya tidak menduga dapat merangkul gelaran pada kejohanan itu selepas tidak meletakkan sebarang sasaran.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya kerana banyak memberi tunjuk ajar semasa latihan.

Dalam pada itu, Wen Tse, menyifatkan kejayaan itu akan menyuntik semangat untuk beliau terus memburu kejayaan pada pusingan kedua di Perlis, bulan depan.

Kejohanan empat hari itu disertai oleh 278 pemain dari Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS