Penampilan Wrestlemania 32 kali ini bakal menggegarkan pawagam tanah air sejurus World Wrestimg Entertainment (WWE) mengumumkan lapan jadual perlawanan, April ini.
Seperti siri sebelumnya, acara Wrestlemania 32 kali ini bakal membariskan superstar utama dunia gusti profesional, antaranya pertemuan Triple H dan Roman Reign merebut kejuaraan WWE Heavyweight Champion dan pertemuan The Undertaker dan Shane McMahon.
Tarikan lain turut menyaksikan perlawanan antara Dean Ambrose menentang Brock Lesnar dalam acara No Holds Barred Street Fight pada aksi di Stadium At & T Arlington, Texas itu.
Detik ini amat ditunggu Ambrose selepas Lesnar dengan kejamnya menyerang beliau di tempat letak kereta pada acara Raw 22 Februari lalu.
Ambrose kemudiannya memandu kereta yang dipandu Lesnar ke hospital sebelum kembali Raw dengan sebuah ambulans yang dicurinya untuk membalas dendam dalam perlawanan No Holds Barred Match.
Satu lagi acara yang dinanti peminat adalah acara tradisi 'The Andre the Giant Memorial Battle Royal'.
Diperkenalkan pada tahun 2014, The Andre Giant Memorial Battle Royal kini kembali dengan menampilkan lebih 30 penggusti bagi merebut trofi Andre the Giant musim ini.
Namun tiada senarai nama dikeluarkan pihak WWE untuk edisi 2016, manakala siri sebelum ini dimenangi Cesaro (2014) dan Big Show (2015).
Kali ini, WrestleMania 32 edisi 2016 kemungkinan turut membariskan superstar seperti The Rock, Sting, Cena, AJ Styles dan Chris Jericho.
Sementara itu, perlawanan berkumpulan (tag) enam diva pula melibatkan Paige, Tamina, Naomi, Brie Bella, Alicia Fox, Lana.
Selain itu, Seth Rollins kini dalam peringkat pemulihan akibat kecederaan mungkin membuat kemunculan istimewa.
Senarai perlawanan Wrestlemania 32 setakat ini:
1) Tiple H menentang Roman Reign merebut kejuaraan WWE Heavyweight Championship.
2) Brock Lesnar menetang Dean Ambrose dalam acara No Hold Barred Street Fight.
3) Shane McMahon menentang Undertaker dalam acara Hell in a Cell Match.
4) Sasha Bank menentang Becky Lynch dan Charlotte dalam Divas Title Triple Threat Match.
5) The Andre Giant Memorial Battle Royal
6) The New Day menentang The League of Nations dalam acara Battle for Tag Team Supremacy.
7) The Usos dan The Dudley Boyz dalam acara Tag Team Grudge Match
8) Kalisto menentang Ryback untuk kejuaraan WWE Amerika Syarikat
Untuk rekod, WWE dilaporkan sudah menjual lebih 84,000 tiket untuk acara WrestleMania 32 sejak dua minggu lalu sekali gus memecahkan rekod kutipan tiket sepanjang masa syarikat.
Buat peminat pro-gusti tanah air turut berpeluang menyaksikan Wrestlemania32 melalui tayangan di pawagam-pawagam TGV terpilih.
