Bekas penggusti wanita dan pelakon Chyna meninggal dunia lapor media hari ini. Dia berusia 45 tahun.

Kematian Joan - atau nama sebenarnya Joanie Laurer - diumumkan melalui Facebook sebentar tadi.

Menurut sumber mayat Chyna ditemui di atas katil rumahnya di Redondo Beach, California.

TMZ Sports pula mendakwa kematian itu ada kaitan dengan pengambilan dadah berlebihan.

Laman sesawang itu mendakwa polis dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira jam 7.30 malam (waktu tempatan).

"Pengambilan dadah disiasat kerana Chyna memang mempuyai sejarah mengenainya," lapor portal berkenaan.

Jadi model Playboy

Kenyataan di Twitter rasmi Chyna pula mengesahkan kematian berkenaan.

@ChynaJoanLaurer @RealMickFoley Chyna and Mick Foley 2 Legends xx pic.twitter.com/rxoT5XgTFg

— ChynaForWWEHOF (@ChynaForWWEHOF) April 19, 2016

"Dengan rasa sedih anda dimaklumkan kehilangan seorang wira dan ikon sejati. Dia akan dikenang selamanya oleh jutaan peminat di seluruh dunia," Twitter itu dipetik.

Ketika beraksi bersama penggusti lain di WWE Chyna diingati sebagai watak yang selalu mengubah suasana dan popular dengan regunya, Triple H.

Dia juga penggusti wanita pertama menyertai acara Royal Rumble.

Di sisi lain Chyna pernah menjadi model majalah Playboy sebelum menyertai bidang penyiaran sebagai peserta siri realiti televisyen.

Chyna juga menjadi pelakon filem lucah dan muncul dalam enam filem antara 2004 hingga 2013.