Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Tanda tanya musim depan Leicester
Diterbitkan:  May 5, 2016 2:16 PM
Dikemaskini: 6:23 AM

Ia dianggap dogeng zaman moden namun suka atau tidak kelab Leicester City adalah juara EPL musim ini.

Berada di zon penyingkiran pada April tahun lalu, The Foxes berakhir di tangga teratas liga ketika perlawanan musim ini masih berbaki dua lagi.

Namun itu adalah realiti semasa. Bagaimana nasib mereka pada musim akan datang?

Tiada jaminan mereka akan kekal berada dalam kelompok kelab elit di EPL. Ia pernah berlaku kepada kelab lain dan tidak ada jaminan Leicester terkecuali.

Berikuat adalah ringkasan nasib beberapa kelab itu.

CHELSEA - pemenang Liga Juara-juara 2012

Pengurusan The Blues mengikat pengurus sementaranya, Roberto Di Matteo dengan kontrak selama dua tahun. Tiada kejayaan besar dicatat Di Matteo sebelum itu namun dia membawa Chelsea menjadi juara Eropah.

Tiga bulan selepas musim baru bermula Di Matteo pun dipecat kerana prestasi hambar Chelsea dan mereka - ketika itu - nyaris tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara.

Pengganti Di Matteo, Rafael Benitez gagal membawa Chelsea menjadi juara sekali lagi namun The Blues menjulang piala Liga Europa selepas mengalahkan Benfica 2-1 di aksi final.

Di EPL Chelsea berakhir di kedudukan ketiga, dibezakan 14 mata dengan juara, Manchester United.

GREECE: Juara Euro 2004

Dengan reputasi besar sebagai juara Eropah, Greece tersingkir daripada Piala Dunia 2006 sebelum temasya itu bermula pun. Kalah 1-2 kepada Albania pada September 2004 (sebelum bergelar juara Eropah), seri tanpa jaringan dengan Turki dan berada di tempat keempat kumpulan di belakang Denmark, Turki dan Ukraine.

Dalam usaha mempertahankan kejuaraan Eropah empat tahun kemudian Greece berada di tempat tercorot kumpulan dan gagal meraih walaupun satu mata.

LEEDS UNITED: Juara liga 1991/1992

Musim berikutnya nasib Leeds amat berbeza. Antaranya, gagal walaupun sekali mencatat kemenanga dalam pertemuan di tempat lawan di sepanjang musim 1992/1993.

Apabila musim berakhir Leeds berada di tempat ke-17, menjadikan mereka penyandang juara dengan prestasi paling buruk dalam sejarah.

ARSENAL: Juara tanpa kalah 2004

Selepas menjadi juara EPL tanpa mencatatkan sebarang kekalahan, rekod itu berterusan sehingga 49 perlawanan. Cubaan tidak kalah pada perlawanan ke-50 dimusnahkan oleh kemenangan 2-1 Manchester United di Old Trafford.

Namun prestasi anak buah Arsene Wenger tidak pernah benar-benar membanggakan lagi selepas itu kerana ia adalah kali terakhir Arsenal menjadi juara EPL setakat ini.

PORTO: Johan Liga Juara-juara 2004

Selepas kejayaan besar itu Porto kehilangan Jose Mourinho yang berpindah ke Stamford Bridge.

Pengganti Mourinho, Luigi Del Neri dipecat sebelum saingan bermula manakala pengurus yang dilantik mengisi kekosongan itu Victor Hernandez 'ditendang' di pertengahan musim.

Usaha Porto mempertahankan piala mereka terbukti mengecewakan apabila terkeluar sebelum peringkat suku akhir. Di liga tempatan Porto berakhir di tempat kedua dengan jurang lapan mata berbanding juara, Benfica.

DENMARK: Juara Euro 1992

Sebagai juara Eropah Denmark menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 1994 dengan harapan tinggi. Terbukti mereka hanya mampu berada di tempat ketiga dalam kumpulan. Denmark terpaksa membuka jalan kepada Ireland untuk ke piala dunia yang diadakan di AS berdasarkan perbezaan gol antara kedua-duanya.

Dalam kejohanan Euro 1996 pula Denmark gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

WIGAN: Juara Piala FA 2013

Beberapa hari selepas menjulang Piala FA, Wigan tumpas 0-4 kepada Arsenal di saingan EPL. Wigan juga menjadi kelab penyandang Piala FA pertama tersingkir ke liga bawahan pada musim yang sama.

Pengurus Wigan, Roberto Martinez (gambar) kemudian berpindah ke Everton dan tempatnya di Wigan digantikan dengan Owen Coyle.

Pada musim 2014/2015 Wigan diturunkan ke liga ketiga namun selepas muncul juara di situ kelab berkenaan kembali ke liga kedua pada musim akan datang.

LEEDS UNITED: Separuh akhir Liga Juara-juara 2001

Ramai berpendapat kekalahan Leeds di peringkat ini adalah detik permulaan kemerosotan kelab berkenaan.

Walaupun mendahului kelab lain di EPL untuk seketika, Leeds kalah kepada Cardiff City dalam pusingan ketiga Piala FA dan prestasi mereka mendadak menurun.

Leeds layak bertanding di Luga Uefa tetapi kelab itu berdepan masalah kewangan serius. Ia memaksa kelab berkenaan menjual pemain terabik mereka dan akhirnya terhumban daripada liga perdana pada 2004.

Lihat Komen
ADS