Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Felda United perlu kekal konsisten pada saingan Liga Super jika berhasrat merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata skuad 'The Fighters' kendalian Irfan Bakti itu kini berada di tahap terbaik dan prestasi ini hendaklah dikekalkan sehingga penghujung musim.

"Persembahan yang konsisten adalah satu keutamaan jika ingin mencapai sasaran kami merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini. Saya percaya semua pemain dan pegawai menyedari matlamat pasukan.

"Oleh itu, saya harap semakin jauh perjalanan kami, semakin kekal kami di tangga teratas. Jadi, kami mesti mengekalkan prestasi ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Felda United mengekalkan kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Fighters mengumpul 24 mata selepas beraksi 10 perlawanan.

Mohd Isa yakin pemain sedia ada mampu membawa pasukan itu ke mercu kejayaan.

Katanya peningkatan persembahan Felda United ini sebagai suatu kerja berpasukan.

"Saya harap ketua jurulatih, Irfan akan terus memberi kepercayaan terhadap keupayaan pemainnya. Kejayaan setakat ini adalah atas kerjasama yang ditunjukkan setiap pemain di setiap bahagian," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS