FAM hari ini menerima rayuan 84 orang bekas pemain bola sepak yang digantung kerana akiviti rasuah.

Melalui keputusan itu semua mereka kini dibenarkan kembali aktif dalam bola sepak.

Perkara itu diumum FAM dalam kenyataannya hari ini, selepas jawatankuasa eksekutif badan induk bola sepak Malaysia itu bermesyuarat hari ini.

Difahamkan, pemain terbabit terdiri daripada mereka yang dikesan terlibat dalam skandal rasuah pada 1994 dan dihukum digantung seumur hidup.

Mac lalu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (Kefa) meminta FAM mengkaji semula hukuman tersebut untuk memberi peluang mereka menabur bakti kepada pembangunan bola sepak negara.

Penggantungan itu adalah antara insiden paling menggemparkan sukan bola sepak negara apabila pihak berkuasa menahan dan menyiasat ramai pemain negeri dan kebangsaan.

Sesetengahnya dianggap mengejutkan kerana kedudukan mereka yang dihormati di dalam dan luar padang.

Sebahagian daripada mereka turut dihukum buang daerah.

[Berita lanjut menyusul]