10 pemain Kelantan berjaya ikat Selangor
Beraksi di tempat lawan dan terpaksa bermain dengan 10 pemain tidak menghalang skuad Kelantan mengikat Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Perlawanan ke-11 Liga Super musim ini dan skuad The Red Warriors kali ini dikemudi jurulatih baru, Velizar Emilov Popov.
Pada aksi yang penuh debaran di Stadium Shah Alam itu, skuad The Red Warriors pada awalnya dilihat memberi tekanan kepada tuan rumah.
Bagaimanapun, Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Wan Zack Haikal Wan Noor dikenakan kad merah pada minit ke-28 susulan kekasaran dilakukannya.
Berbeza pada penampilan mereka sebelum ini, persembahan Kelantan dilihat lebih tersusun khususnya di posisi tengah melalui hantaran-hantaran pendek.
Namun, percaturan pasukan pelawat mudah ditutup ruang oleh pemain di benteng pertahan Selangor.
Skaud Gergasi Merah pula tetap berjaya mengawal tekanan terutamanya selepas Wan Zack keluar padang.
Walaupun gagal menggunakan kelebihan yang ada, sekurang-kurangnya anak didik Zainal Abidin Hassan tidak dimalukan di hadapan penyokong sendiri.
Mereka memcipta banyak peluang antaranya di minit ke-17 melalui percubaan Nazmi Faiz Mansor yang hanya meleret ke sisi kanan gawang lawan.
Kelantan pula mencipta gerakan paling cantik dan berbahaya pada minit ke-66 melalui hantaran Brendan Gan disambut penyerang import, Dramane Traore.
Bagaimanapun, Thaore terlewat menyudahkan hantaran silang kepada rakan sepasukan di hadapan gol Selangor.
Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal di tangga ketiga kekal, manakala Kelantan masih di kedudukan keenam.
Keputusan aksi lain pula menyaksikan:
JDT 3-0 Pahang
Kedah 2-0 PDRM
T-Team 0-0 Terengganu
Penang 1-2 Felda United
Sarawak 3-2 Perak

