Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan

Walaupun percutian bersama keluarga belum habis Zaquan Adha Abdul Radzak nekad meninggalkan Krabi di Thailand.

Puncanya - dia dipanggil menyertai latihan skuad Harimau Malaysia.

Nama pemain pasukan JDT II itu ditunjuk jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi menggalas cabaran negara berdepan pasukan lawan.

Kudrat Zaquan Adha diperlukan selepas pemain asal, R Gopinathan tidak dapat beraksi bersama yang lain kerana masalah kecederaan.

Kata Kim Swee, respon segera daripada penyerang berpengalaman itu sangat terpuji dan perlu dicontohi pemain lain.

"Dia akan laporkan diri malam ini (malam tadi) , kerana masih berada di luar negara. Tetapi apabila menerima panggilan beliau terus batalkan cuti dan mahu terus bersama kita.

"Ini satu contoh yang baik - walaupun bercuti bersama keluarga tetapi dengan panggilan untuk pasukan kebangsaan beliau sanggup melupakan cuti," katanya ketika ditemui sebelum sesi latihan di pada Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Skuad negara akan berlepas ke Yangoon, Myanmar hari ini bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan negara itu sebagai persiapan berdepan cabaran Timor Leste Jun depan.

Elephant ride...ZAfamily#DAY1

A photo posted by zaquan adha (@zaqone_08) on

Mengulas lanjut prestasi Zaquan, Kim Swee berkata, pemain bahagian serangan itu mempamerkan aksi baik dalam kempen Liga Perdana musim ini.

"Kita tahu Zaquan bermain dengan baik dalam saingan Liga Perdana, saya percaya dia mampu berperanan sebagai salah seorang penyerang pasukan negara.

"Dan dari segi pengalaman saya kira dia boleh membantu pasukan terutama ketika bertemu pasukan kebangsaan bertemu dengan pasukan Asia Tenggara," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pemain dari Liga Perdana, Khair Jones yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan buat kali pertama berazam untuk memberi sepenuh komitmen yang ada.

Beraksi di posisi sayap kiri bersama Melaka United, Khair berkata, ini peluang keemasan untuk dia membuktikan kemampuan membantu pasukan negara.

"Saya akan berlatih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman bermain di New Zealand untuk memantapkan skuad Malaysia," kata pemain berusia 26 tahun itu.

Lihat Komen
ADS