Alangkah bosannya England, Slovakia itu...
Tanpa sebarang jaringan barangkali menyebabkan perlawanan terakhir kumpulan B Euro 2016 antara England dan Slovakia awal pagi tadi begitu membosankan.
Disebabkan keadaan itu ada penonton di kerusi tetamu istimewa tertidur, termasuk orang penting atau kenamaan.
Itulah yang sempat disoroti rakaman kamera apabia Presiden Kesatuan Bola Sepak Sepanyol, Angel Maria Villar dirakam dalam keadaan mengantuk ketika mengiringi pewaris takhta Britain, Putera William menonton perlawanan itu.
Rakaman yang menjadi viral itu merakam aksi Villar yang duduk di sisi kanan William.
Dia kelihatan begitu mengantuk walaupun cuba menahan mata untuk melihat perlawanan yang berlangsung di Saint-Etienne itu.
Gelagatnya itu menarik perhatian ramai dan disifatkan sebagai aksi lucu sekali gus dikaitkan dengan prestasi skuad The Three Lions.
England gagal melunasi sasaran mereka untuk mengutip tiga mata selepas menamatkan perlawanan berkenaan tanpa sebarang gol.
Sementara itu, media antarabangsa melaporkan, kehadiran Villar adalah mewakili presiden Uefa bagi mengiringi William ke perlawanan itu.
El gran jefe de la @rfef Villar esta como una moto en el #SLOENG ?? pic.twitter.com/qx33YcMBYW
— The Michael (@earlofSpeyer) 20 June 2016

