Belgium terhukum 'badi' jaringan awal
Menjaringkan gol lebih awal tetapi berakhir sebagai pasukan kecundang - itu yang berlaku pada tiga perlawanan terakhir Euro kali ini.
'Badi' itu sebentar tadi menimpa pasukan Belgium pula.
Seawal minit ketiga, anak buat Chris Coleman diuji dengan tiga percubaan berturut-turut oleh Belgium namun berjaya diatasi dengan cemerlang oleh benteng pertahanan Wales.
Belgium semakin garang apabila Radja Nainggolan meletakkan pasukannya di depan seawal minit ke-13 melalui tendangan kencang ke kanan gawang Wales dari jarak hampir 30 meter.
#WAL are into the #EURO2016 semi-finals!
— FIFA.com (@FIFAcom) July 1, 2016
? https://t.co/1AUtDlQ63G pic.twitter.com/gr3FqCu0wX
So proud of my team ❤️ #TogetherStronger pic.twitter.com/PGj7iuN1GD
— Ben Davies (@Ben_Davies33) July 1, 2016
Congrats @FAWales!#EURO2016 pic.twitter.com/0JR4F4WCHR
— LaLiga (@LaLigaEN) July 1, 2016
Untuk seketika Wales kelihatan gagal mengawal keadaan dan sukar mencari tindakan yang tepat sebagai reaksi kepada gol berkenaan.
Percaturan Chris Coleman dengan formasi 3-5-2 bagaimanapun ternyata membentuk mekanisme padu di posisi pertahanan dan tengah skuad The Dragon dengan Robson-Kanu dan Gareth Bale diletakkan di barisan paling depan.
Justeru ia membuahkan hasil yang diharapkan. Ketika pertahanan lawan sibuk mengekang pergerakan Bale, Wales memanfaatkan kemahiran dimiliki pemain Arsenal, Aaron Ramsey untuk menjadi tukang umpan kepada jentera penyudah mereka.
#WAL manager Coleman: "Don’t be afraid to have dreams. Don’t be afraid to fail." ? #WALBEL #EURO2016 pic.twitter.com/uyp9yFEIac
— UEFA EURO 2016 (@UEFAEURO) July 1, 2016
Hasilnya ketua pasukan yang juga pemain kelab Swansea City, Ashley Williams membuat tandukan cantik bola umpanan Ramsey dan menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke-30.
Selepas 10 minit separuh masa kedua bayangan kegagalan Belgium kembali menjelma apabila sekali lagi Ramsey menghantar bola dari kiri sisi Belgium untuk ditahan Hal Robson-Kanu.
Bekas pemain Reading itu kemudian membuat pusingan badan yang cantik sebelum menolak bola jauh daripada jangkauan Courtois pada minit ke-55.
Bertemu Portugal Rabu
Pemain gantian Sam Vokes meranapkan langsung harapan Belgium ketika mereka mengasak bertubi-tubi ke kubu Wales.
Bola tinggi daripada Chris Gunter di bahagian kiri Belgium disambut dengan tandukan mengelirukan oleh Vokes untuk menggegarkan gawang pada minit ke-85.
Apabila wisel penamat ditiup pengadil dari Slovenia, Damir Skomina suasana menjadi penuh emosi kepada pemain Wales.
Jaringan 3-1 itu menyaksikan Wales menjadi pasukan pilihan yang pertama berjaya melangkah ke saingan separuh akhir selepas Sweden melakukannya pada Euro edisi 1992.
Awal pagi Isnin lalu England mendahului Iceland pada minit keempat lagi melalui tendangan penalti Wayne Rooney namun kesudahannya kemenangan berpihak kepada skuad kerdil Eropah berkenaan.
Iceland menumbangkan The Three Lions dengan 2-1.
Semalam perlawanan pertama suku akhir menyaksikan Robert Lewandowski membawa Poland mendahului Portugas seawal minit kedua sebelum Renato Sanches menyamakan kedudukan pada minit ke-33.
Selepas perlawanan kekal seri 1-1 selepas tamat masa tambahan, penentuan penalti terpaksa dilakukan.
Dan pasukan yang tertinggal di awal permainan - Portugal - akhirnya muncul sebagai pemenang.
Dengan kejayaan Wales sebentar tadi mereka bakal berdepan Portugal pada aksi separuh akhir di Stadium Parc Olympique Lyonnais di Décines-Charpieu Rabu ini.

