Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Pemain tuan rumah Euro 2016 jadi taruhan TRW

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melengkapkan kuota empat pemain importnya dengan mengambil pemain dari negara tuan rumah Euro 2016 - Perancis, Morgaro Lima Gomis.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata pengambilan pemain berusia 30 tahun itu adalah bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah pasukan setelah posisi tersebut ditinggalkan Jonathan Lucca yang ditamatkan kontrak bersama seorang lagi pemain, Dramane Traore.

"Sebelum ini, kami (Kafa) mengambil dan menandatangani kontrak penyerang dari Brazil, Wander Luiz Bitencourt menggantikan Dramane Traore, untuk dia (Luiz Bitencourt) berganding dengan Blaze Iljilioski di barisan serangan.

"Saya berharap pemain ini (Gomis) dapat berganding dengan baik bersama pemain tengah lain seperti Mohd Badhri Mohd Razi, Brendan Gan dan membantu pasukan mengharungi Piala Malaysia dan baki Liga Super," katanya selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Pasukan Kelantan di Kota Bharu hari ini.

 

Nah..import baru.. Gomiss

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Gomis, bekas pemain Birmingham City, menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan selama setahun, sehingga musim hadapan.

Sementara itu, jurulatih skuad The Red Warriors Velizar Emilov Popov berkata pemilihan Gomis sangat diperlukan bagi memperkuatkan lagi barisan tengah pasukan Kelantan.

"Beliau (Gomis) memiliki kemahiran dan mampu menggerakkan pasukan untuk melakukan serangan.

"Beliau mempunyai pengalaman beraksi dalam liga Eropah dan saya berharap beliau dapat membantu pemain tempatan dan pasukan mendapatkan mata," katanya.

Beliau berkata selain memiliki kualiti ketika bertahan dan melakukan serangan, Gomis juga mempunyai kemahiran untuk menjaringkan gol.

-Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS