Wenger: Euro 2016 beri impak positif buat Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsane Wenger menyifatkan kejohanan bola sepak antara negara Eropah (Euro 2016) baru-baru ini memberi impak positif buat The Gunners.
Pengalaman barisan pemain seperti Mesut Ozil, Aaron Ramsey dan Alexis Sanches pada Euro dan Copa America Centenario bakal menguatkan mental pasukan.
Ozil dan Ramsey berjaya membawa pasukan negara masing-masing iaitu Jerman dan Wales ke saingan separuh akhir, manakala Sanchez menjuarai Copa America bersama negaranya, Chile.
Dua lagi pemain utama Arsenal, Olivier Giraoud dan Laurent Koscielny pula beraksi di pentas akhir.
"Saya yakin kelab kami akan diuntungkan dngan pengalaman pemain. Mental mereka sudah lebih terasah dengan tekanan beraksi di kejohanan antarabangsa," kata Wenger.
"Ramsey dan Alexis mendapat pengalaman hebat, manakala Giroud dan Koscielny juga menjali kejohanan dengan baik," jelasnya.
? When can we expect to see all of our #Euro2016 and #CopaAmerica stars back in training? https://t.co/AKIycPkBBMhttps://t.co/Ba48UBJjNH
— Arsenal FC (@Arsenal) July 16, 2016
Sementara itu, jurulatih kelahiran Perancis itu turut memuji prestasi Ozil yang dianggap kurang menyerlah ketika beraksi untuk Jerman.
"Ozil bermain dengan baik. Saya bertemu dengannya selepas perlawanan Jerman bertemu Perancis. Memang dia kecewa, tetapi penampilannya tidak teruk," katanya Wenger.
Wenger kini sedang menanti anak-anak buahnya kembali daripada cuti untuk bersama skuad The Gunners.
"Pemain perlukan tempoh sebulan untuk pemulihan, lebih-lebih lagi mereka yang beraksi di Euro 2016.
Mereka perlukan waktu antara dua hingga tiga minggu untuk pulih sepenuhnya dan kembali dengan semangat dahagakan gelaran," katanya.

