Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ronaldo kini ada lapangan terbang di Portugal
Diterbitkan:  Jul 23, 2016 7:00 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Sebuah lapangan terbang di Portugal mendapat baru sempena nama bintang bola sepak mereka, Cristiano Ronaldo.

Lapangan terbang tersebut terletak di Madeira iaitu bandar kelahiran pemain berbisa Real Madrid itu.

Sebelum ini, lapangan terbang itu menggunakan nama Lapangan Terbang Santa Catarina dan ditukar dengan nama Ronaldo bagi melahirkan penghargaan mereka kepada pemain terkenal berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Madeira, Miguel Albuquerque semalam dan dilaporkan media Portugal, Caras.

Madeira adalah sebuah wilayah autonomi di Portugal.

Albuquerque berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan.

Katanya prestasi dan pencapaian Ronalno di arena bola sepak membawa kesan positif terhadap Madeira.

"Semalam pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk menamakan semula lapangan terbang itu kepada nama Ronaldo," kata Albuquerque.

Dilahirkan di ibu negeri Madeira iaitu Funchal, Ronaldo dan rakan-rakanya baru sahaja mengharumkan nama negara dengan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-15 di Perancis.

Ronaldo kini dilaporkan sedang menikmati percutian di Ibiza selepas membuka satu perniagaan perhotelan di Funchal pada 1 Julai lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS